INFO PINJAMAN BANK


1.PINJAMAN UNTUK USAHAWAN KECIL

Usahawan kecil berpeluang mendapatkan pembiayaan modal bagi mengembangkan perniagaan mereka. Terdapat beberapa buah institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pinjaman mudah kepada para usahawan kecil tanpa sebarang cagaran.Sememangnya cagaran merupakan masalah utama kepada anda para usahawan melayu. Lantas beberapa buah bank telah menawarkan pinjaman yang dikenali sebagai kredit mikro.
Pinjaman ini biasanya ditawarkan antara RM 1,000 hingga RM 50,000 mengikut saiz dan keperluan kewangan projek. Tempoh bayaran balik adalah sehingga 5 tahun.
Di antara bank yang menawarkan skim kredit mikro ialah Agrobank (dulunya Bank Pertanian Malaysia), Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (di bawah skim Temaniaga).
Tidak semua perniagaan boleh mendapatkan kemudahan kredit mikro ini kerana ia khusus untuk perusahaan atau perniagaan dalam kategori mikro sahaja. Bagaimana jenis perniagaan yang dikategorikan sebagai MIKRO? Ianya bermaksud hasil jualan atau perolehan perniagaan anda tidak melebihi RM 250,000 setahun dan bilangan pekerja tidak melebihi 5 orang pada satu satu masa.
Bagi mengetahui lebih lanjut info kredit mikro tersebut anda para usahawan bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan bank berkenaan atau melayari website bank-bank tersebut.
Selamat mencuba